Tuesday, October 20, 2009

17-10-2009与泰国大学师生交流Program Ramah Mesra dan Integrasi





Sinar harian. AIR ITAM – Kes jenayah Kampung Melayu berkurangan sebanyak 50 peratus apabila wujudnya Skim Rondaan Sukarela (SRS).
Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Melayu, Mohd Ismail Ibrahim berkata, penurunan kes jenayah itu membolehkan hampir 20,000 penduduk Kampung Melayu menarik nafas lega.
Menurutnya, ia kerana, sebelum ditubuhkan ramai masyarakat yang menghuni di rumah pangsa, rumah teres dan rumah kampung tidak berasa selamat kerana banyak kejadian jenayah berlaku berikutan tiada pengawasan sempurna.
“Penduduk di sini lebih rasa selamat dan dapat tidur lebih lena hasil titik peluh dan usaha pasukan SRS yang meronda setiap malam.
“Ini juga adalah usaha gigih kerjasama antara anggota SRS, polis, dan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) yang telah banyak membantu,” katanya ketika ditemui selepas Program Ramah Mesra dan Integrasi: Prince Of Songkhla Universiti Patani, Thailand bersama komuniti bertempat di Pusat KRT Kampung Melayu.
Hadir sama, Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Pulau Pinang, Rohani Hussain Merican, serta Pensyarah dan Penyelaras Unit Penyelidikan dan Pendidikan Unit Pendamaian Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Kamarulzaman Askandar.
SRS Kampung Melayu juga adalah yang pertama di Pulau Pinang yang melibatkan kaum wanita dan penglibatan mereka juga lebih efektif apabila membantu menasihatkan remaja wanita daripada melakukan perkara tidak baik.
Selain KRT Kampung Melayu, KRT Desa Intan juga berkongsi pandangan dengan pendidik dari Patani dalam menguruskan komuniti yang terdiri daripada pelbagai masyarakat majmuk.
Kedua-dua KRT yang dikatakan aktif itu juga menyebabkan pensyarah daripada universiti Thailand kagum dengan keharmonian masyarakat serta sikap komited pemimpin tempatan dalamme�nguruskan komuniti.
Pensyarah Jabatan Bahasa-bahasa Barat, Universiti Songkhla, Affan Afendi, 27 berkata, keharmonian kaum di Pulau Pinang membolehkan Thailand mengguna pakai cara tersebut untuk membantu masyarakat Thai di sana.
Katanya, walaupun hanya mengunjungi Pulau Pinang buat pertama kalinya, sambutan masyarakat India, Cina dan Melayu begitu mesra.
“Kami diibaratkan seperti sudah kenal lama, dan kami sudah dapat menghayati erti sebenar 1Malaysia yang diperkatakan,” katanya.

12-10-2009见证发林印度人公会加入金三角防罪案计划