Thursday, July 30, 2009

26-7-2009国民团结运动Gerak Padu Masyarakat Ke Arah Perpaduan Perinkat DTL/DBD










SINAR HARIAN GEORGETOWN 29-07-2009 – Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakub menganggap gagasan 1 Malaysia yang diuar-uarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai impian rakyat negara ini.
Katanya, perpaduan kaum boleh dirapatkan semula dengan nilai murni yang terdapat dalam gagasan tersebut.
“Inilah yang kita mahukan, perpaduan kaum yang diseru PM harus dicontohi kerana masyarakat negara ini unik dan ia perlu dipupuk serta dijaga. Perbezaan di antara kita semua adalah sesuatu yang boleh dipelajari dan difahami antara satu sama lain,” katanya ketika berucap pada perasmian sempena Program Gerak Padu Masyarakat Ke Arah Perpaduan, di Sekolah Menengah Kebangsaan Air Itam.
Hadir sama, Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Pulau Pinang, Rohani Hussain Merican, dan Pegawai Perpaduan Daerah Timur Laut dan Barat Daya, Nasrul Nizar.
Program anjuran JPNIN Daerah Timur Laut dan Barat Daya itu menerima kira-kira 1,000 pengunjung yang mula datang seawal jam 8 pagi hingga 3 petang.
Selain ceramah sukarelawan setempat, kanak-kanak dan ibu bapa berpeluang menyertai pelbagai acara yang disediakan pihak penganjur.
Nasrul berkata, matlamat utama JPNIN menganjurkan program adalah merapatkan hubungan di antara masyarakat setempat dan dalam masa sama meningkatkan kefahaman serta kesedaran mengenai keselamatan kejiranan.
Katanya, ia juga memberi peluang kepada pelajar, ibu bapa dan orang ramai berinteraksi dengan agensi kerajaan serta komuniti setempat.
“Melalui program ini ia dapat membuka minda ahli masyarakat terhadap kepelbagaian cara hidup Malaysia,” katanya.
Sementara itu Ayub juga mengingatkan semua kaum di Pulau Pinang untuk bersatu padu dan tidak membenarkan anasir jahat mempengaruhi hubungan di antara kaum.
Malah, penduduk juga digesa membuat teguran kepada pihak polis sekiranya terdapat kemusykilan dan jika ada di antara anggota polis yang melakukan kesalahan.
“Sejak saya duduk di Pulau Pinang dalam tempoh satu tahun, hampir 10 sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) saya terima dalam satu hari untuk melaporkan kejadian jenayah dan sebagainya. Saya berharap agar masyarakat di sini meneruskan informasi ini disalurkan secara terus kepada saya,” katanya.

(光华日报槟城26日讯)槟州警方将于豆蔻村8月3日拆毁行动当天,派员驻守现场维持秩序,不让这件事件影响社会安宁稳定。
槟州总警长拿督威拉阿育耶谷副总监指出,警方于8月3日派员到场驻守维持秩序。但是,他不透露出动的警力人数。豆蔻村5名居民于上周四(23日)上诉高庭,要求撤销搬迁令以及发出暂缓执行令,结果全被高庭驳回。
发展商董事何润江日前已指出,8月3日当天一定会执行拆除令,同时会割除水电供应。为了防止发生不愉快事件,警方将严阵以待。他于周日下午,在亚依淡国民型中学,主持国民团结局主办,东北县与西南区各睦邻计划理事协会的“东北县与西南区团结一致计划”活动上,如是指出。
他提及,警方已掌握挥拳攻击槟州第二副首长政治事务官员的嫌犯,并将传召涉案者调查。警方已引援 刑事法典第323条文调查这事件。“涉案者是彭亨州国大党一名党员,警方也将于近期内,传召他协助调查工作.”
当记者询及豆蔻村代表律师达善星投报,指槟州首长林冠英质疑他宗教信仰案件;如有必要警方也将传召林冠英协助调查。另外,国民团结局东北县与西南区主任纳鲁尼查指出,主办这项活动,目的在于加强社区之间的联系,以促进睦邻情谊。
出席者包括钻宝庄睦邻计划主席崔富章,亚依淡国民型中学校长陈垣吉等人。

Tuesday, July 21, 2009

19-07-2009 妇女醒觉运动讲座会Seminer Menangani Keganasan Terhadap Wanita






Seramai 100 orang yang menghadiri aktiviti pada hari tersebut. Para hadirin yang menghadiri mendapat cenderamata daripada Jabatan Pembangunan Wanita iaitu sebuah beg kitar semula, sebuah buku cacatan, sebatang pen ,dan sekeping sijil.

Pihak penganjur juga menjemput ASP Puan Ch’ng Soon Ngor (PDRM) dan Puan Salmah Binti Mohamad Yusof ( Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat) untuk menjelaskan segala masalah yang dihadapi oleh kaum wanita.

Akhirnya, terdapat seorang jurulatik mengajar dan menunjukkan kepada para hadirin bagaimana melindungi diri sendiri.